comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga beradik ditahan kes dera 4 pelajar tahfiz

Oleh: Ing Boon Seng

PETALING JAYA: Polis menahan tiga beradik bagi membantu siasatan kes empat pelajar sebuah tahfiz yang melarikan diri sebelum ditemui semula dan mendakwa menjadi mangsa dera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Mohd Razali Mohd Idrus berkata tangkapan dilakukan Jumaat lalu.

Tambah beliau, kesemua suspek berusia antara 13 hingga 20 tahun.

Tangkapan katanya dilakukan di rumah suspek berusia 20 tahun.

Mahkamah membenarkan suspek tersebut direman sehari.

Ketiga-ketiga suspek dibebaskan jam 7 malam semalam selepas keterangan mereka diambil.

Siasatan lanjut masih diteruskan termasuk mendapatkan keterangan daripada doktor perubatan.

Sebelum ini empat pelajar tahfiz di Darul Quran Ittifaqiyah, ibu negara dilaporkan hilang Selasa sebelum ditemui di Khamis lalu di Kampung Bangi, Kajang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini