comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tiga batang paip PVC diubah suai jadi bahan letupan ditemui

 

KUALA LUMPUR: Polis menemui tiga batang paip PVC yang diubah suai menjadi bahan letupan buatan sendiri IED di Jalan Klang Lama, ibu negara awal pagi tadi.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata sebelum itu berlaku letupan kecil di hadapan sebuah kedai di lokasi berkenaan.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata seorang lelaki berusia 27 tahun telah menerima panggilan telefon daripada pengawal keselamatan kira-kira jam 6 pagi tadi memaklumkan berlaku letupan kecil di hadapan kedainya.

Siasatan pihak bomba, Unit Pemusnah Bom dan Jabatan Forensik telah menemui serpihan letupan di tempat kejadian.

FOTO: Orang Awam

Pemeriksaan pada paip PVC itu turut menemui alat letupan kawalan jauh.

Polis juga berjaya menimbulkan tiga cap jari di lokasi kejadian.

Semakan kamera litar tertutup CCTV mendapati terhadap imej dua lelaki di lokasi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.

Loading...
Terkini