comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tiga Ahli GISBH mengaku tidak bersalah atas 14 pertuduhan amang seksual kepada kanak-kanak

Oleh: Fahmi Tajuddin

SEREMBAN: Tiga lelaki yang mempunyai kaitan dengan GISB Holdings (GISBH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 14 pertuduhan melakukan amang seksual kepada kanak-kanak jagaan rumah amal di sebuah Madrasah Tahfiz di Negeri Sembilan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Habib Noh bin Mohd Zairi, 21, dihadapkan atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta 792 atas pertuduhan melakukan beberapa perbuatan lucah kepada seorang kanak-kanak berusia 10 tahun pada 2022.

BACA TERKINI KLIK: 19 individu termasuk pemimpin utama GISBH ditahan

Tertuduh juga didakwa di bawah Seksyen 14(b) akta sama dengan melakukan perbuatan amang seksual ke atas kanak-kanak berusia 10 tahun.

Sementara itu, tertuduh kedua, Muhammad Khunais Fathie Khabil, 20, didakwa atas enam pertuduhan di bawah seksyen 14(a) Akta 792 yang mana tertuduh didakwa melakukan perbuatan amang seksual kepada kanak-kanak berusia 11 tahun.

Tertuduh ketiga pula, Ahmad Nadzful Izham Bin Azizan, 22 mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan dibawah seksyen 14(a) akta 792.

Tertuduh antara Jun hingga September 2023, didakwa telah melakukan sentuhan fizikal kepada kanak-kanak berusia 10 tahun.

Tertuduh juga didakwa sentuhan fizikal kepada seorang lagi kanak-kanak berusia 10 tahun, dengan cara menghalakan kakinya ke kemaluan kanak-kanak tersebut.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Madrasah Dinul Hidayah, di Kuala Pilah antara tahun 2022 dan 2023.

Mahkamah menetapkan jaminan RM12,000 bagi setiap pertuduhan dan kesemua tertuduh perlu mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan.

Semua tertuduh perlu melapor diri ke balai yang berdekatan, hadir ke mahkamah bagi sebutan semula kes, menyerahkan pasport antarabangsa, tidak dibenarkan untuk berjumpa saksi pendakwaan dan mudah dihubungi oleh pihak berkuasa.

Hakim, Datin Surita Budin menetapkan 30 Oktober 2024 sebagai tarikh lantikan peguam dan serahan dokumen.

Terdahulu, ketiga-tiga tertuduh tiba di Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan pada jam 9.09 pagi tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini