comscore
Tumpuan :
Nasional

[RASMI] PH kekalkan penguasaan di Pulai

 

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) mengekalkan penguasaan di Parlimen Pulai.

Keputusan rasmi meletakkan calonnya Suhaizan Kayat menang dengan jumlah undi 48,283 menewaskan dua lagi pencabarnya Zulkifli Jaafar 29,642 undi daripada Perikatan Nasional (PN), manakala Samsudin Mohamad Fauzi yang bertanding sebagai calon Bebas pula meraih 528 undi.

Suhaizan mendapat majoriti besar 18,641 undi.

Kemenangan Suhaizan yang juga Naib Pengerusi AMANAH Johor itu mencatat sejarah peribadi kepadanya selepas tewas enam kali dalam pilihan raya yang pernah ditandinginya sebelum ini.

Cubaan kali ketujuh Suhaizan yang juga Ketua AMANAH Bahagian Pulai itu akhirnya berjaya menghadiahkan kemenangan buatnya.

Pada PRU15 November lalu, Salahuddin menang kerusi Parlimen Pulai dengan 64,900 undi, menewaskan Datuk Nur Jazlan Mohamed daripada Barisan Nasional (BN) yang meraih 31,726 manakala Loh Kah Yong daripada Perikatan Nasional (PN) meraih 20,677.

Loading...
Terkini