comscore
Tumpuan :
Nasional

Tidak Rasmi : Amirudin, Azmin dahului lawan masing-masing

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Amirudin Shari mendahului di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua dengan memperoleh 1,102 undi setakat jam 8 malam ini.

Manakala calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hanif Jamaluddin mendapat 491 undi, diikuti calon bebas, Suman Gopal yang hanya mendapat 9 undi.

Sementara itu bekas Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali mendahului dengan 2,146 undi menyaingi lawannya Juwairiya Zulkifli yang memperoleh 1,747 undi.

Setakat ini pengiraan undi masih berlangsung dan keputusan penuh dijangka diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tengah malam ini.

Loading...
Terkini