comscore
Tumpuan :
Nasional

Tidak gentar dengan kehadiran buaya

Sekumpulan lelaki tidak menghiraukan tanda amaran serangan buaya apabila menangkap ikan di tebing Sungai Maong, Batu Kawa. – Foto: NSTP

KUCHING: Sekumpulan lelaki tidak mengendahkan larangan menjalankan aktiviti di tebing Sungai Maong, Batu Kawa, di sini.

Mereka tidak menghiraukan papan tanda amaran serangan buaya apabila menangkap ikan di lokasi reptilia itu kerap dilihat muncul di tebing sungai berkenaan.

Konflik buaya dan manusia sering menarik perhatian di Sarawak dengan yang terbaharu, seorang ‘tuai rumah’ atau ketua kampung, maut disambar buaya di hadapan isterinya di Skim Skrang, Betong, semalam.

Mayat mangsa, Chaong Baringai, 67, ditemukan pada jam 8.40 pagi, hari ini dengan beberapa kesan gigitan buaya ditemui pada bahagian leher dan kepalanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini