comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiada siasatan dibuka, penganjur ‘Thai Hot Guy’ akur batalkan program

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Polis tidak membuka kertas siasatan setakat ini berhubung program hiburan ‘Thai Hot Guy’ bagi majlis pembukaan sebuah bar di ibu kota selepas penganjur akur dengan arahan untuk membatalkannya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata, kertas siasatan tidak dibuka setakat ini selepas polis memanggil penganjur semalam untuk menasihatkan program itu dibatalkan.

Menurutnya, program itu mendapat tentangan dari pelbagai pihak dan penganjur akur untuk membatalkannya.

“Setakat ini jumlah laporan polis dibuat masih kekal 60 laporan dibuat sama seperti semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu penganjur program aktiviti hiburan ‘Thai Hot Guy’ bagi majlis pembukaan sebuah bar di ibu kota dan turut dikaitkan dengan aktiviti Lesbian, Gay, Bioseksual, Transgender (LGBT) akan membatalkan program yang dijadualkan berlangsung pada 30 Mac ini.

Keputusan itu dibuat susulan pelbagai kecaman dan reaksi yang diterima daripada seluruh lapisan masyarakat di negara ini.

Loading...
Terkini