Tumpuan :
Nasional

Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tembakan di Brussels

FOTO: Reuters

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam siri kejadian tembakan yang berlaku di beberapa kawasan di Brussels, Belgium baru-baru ini.

Bagaimanapun, Kedutaan Besar Malaysia di Belgium akan terus memantau rapi situasi semasa.

“Kementerian Luar Negeri sedang memantau rapi siri insiden tembakan yang berlaku di beberapa kawasan di Brussels, Belgium.

“Sejak 72 jam lalu, insiden berkenaan telah meragut satu nyawa dan menyebabkan tiga lain cedera,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang menetap atau sedang melancong di Belgium dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan dan perkembangan semasa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Wisma Putra turut menggesa rakyat Malaysia di Belgium yang masih belum mendaftar dengan kedutaan agar segera berbuat demikian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini