comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiada Petunjuk Baharu, Usaha Jejaki Kontraktor Ubah Suai Rumah Temui Jalan Sukar

SHAH ALAM: Polis sukar menjejaki pekerja yang didakwa melakukan kerja pengubahsuaian di rumah bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, ia ekoran proses ubah suai rumah telah lama dilakukan.

“Belum terima apa-apa maklumat lagi. Tempoh masa renovate agak lama juga, bukan baru-baru ini. So mungkin ada kepayahan di pihak kita, melainkan pekerja tampil ke depan untuk memberi maklumat,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurut beliau, status kewarganegaraan pekerja itu tidak dapat dipastikan.

Selain kertas inkuiri polis masih diteruskan.

Difahamkan kediaman Zalina di Seksyen 3, Shah Alam sebelum ini menjalani proses pengubahsuaian dipercayai untuk dijadikan pejabat, namun terhenti tahun lalu.

Zalina, 58 tahun dilaporkan hilang selepas anak lelakinya Mikhael Norman gagal menghubunginya sejak 24 November tahun lalu.

Loading...
Terkini