Tumpuan :
Nasional

Tiada perubahan harga, bekalan air minuman mencukupi di Perlis

Pegawai dan anggota KPDN Perlis memeriksa bekalan air mineral dan minuman di 25 premis yang menjual bekalan itu di seluruh negeri itu.

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

KANGAR: Tiada pembelian panik bagi air mineral dan minuman di Perlis, meskipun dua negeri berdekatan, iaitu Kedah dan Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan air, baru-baru ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis, Norazah Jaafar berkata, tiada sebarang krisis berlaku dalam pasaran malah bekalannya cukup tanpa berlaku kenaikan harga.

Pegawai dan anggota KPDN Perlis memeriksa bekalan air mineral dan minuman di 25 premis yang menjual bekalan itu di seluruh negeri itu.

“KPDN Perlis telah menjalankan 25 pemeriksaan premis menjual air mineral dan minuman sejak 4 Mei hingga hari ini (18 Mei) dan kita dapati harga jualan masih sama dan tiada perubahan.
“Bagaimanapun, 4 Notis Pengesahan Maklumat Barangan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 telah dikeluarkan dibawah Ops Catut 2023 bagi mendapatkan maklumat harga belian dan jualan,” katanya kepada Buletin TV3.

Malah katanya, setakat ini penghantaran bekalan air mineral dan minuman adalah normal.

Pegawai dan anggota KPDN Perlis memeriksa bekalan air mineral dan minuman di 25 premis yang menjual bekalan itu di seluruh negeri itu.
Loading...
Terkini