Tumpuan :
Nasional

Tiada pertambahan anggota bomba di Terengganu

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

HULU TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu masih berupaya berdepan situasi semasa banjir di negeri itu, setakat ini.

Pengarahnya, Hassan ‘As’ari Omar berkata, pihaknya belum membuat permohonan kepada ibu pejabat JBPM di Putrajaya untuk menghantar bantuan ke Terengganu.

“Sehingga saat ini, kalau tengok memang trend (mangsa banjir) meningkat. Tetapi, setakat ini juga JBPM Terengganu dengan keupayaan anggota dan asetnya masih mampu mengawal situasi banjir da keadaan masih terkawal, cuma tak tahu keadaan malam ini dan esok.

“Namun, seandainya banjir ini menunjukkan peningkatan signifikan yang lebih berat, besar kemungkinan akan dapatkan bantuan itu,” katanya ketika ditemui di Kampung Bukit Apit, Ajil.

Setakat jam 10.00 malam tadi, Terengganu merekodkan 25,425 mangsa di tujuh daerah dengan Besut kekal mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu seramai 11,970 orang, diikuti Setiu (5,259 mangsa), Hulu Terengganu (4,867 mangsa) dan Kemaman (1,434 mangsa).

Jumlah itu turut melibatkan 1,051 mangsa di Dungun, 576 mangsa (Marang), dan 268 mangsa (Kuala Nerus).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini