KUALA LUMPUR: Toh Puan Raghad Kurdi Taib dalam satu ciapan di Instagram berkata tiada perkataan yang boleh menjelaskan betapa bermaknanya Tun Abdul Taib Mahmud kepadanya.
Raghad berdoa agar roh suaminya itu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama kalangan orang-orang yang soleh di surga.
Ciapan itu ditulis ketika mengumumkan berita kematian suaminya, Abdul Taib awal hari ini.
Abdul Taib, 87, menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada jam 4.40 pagi tadi.
Beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak sejak 26 Mac 1981 sebelum meletak jawatan pada 28 Februari 2014 apabila dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak sehingga 25 Januari lalu.
Abdul Taib berkahwin dengan Raghad pada 2010 selepas kematian isteri pertamanya, Puan Sri Laila Taib pada 29 April 2009.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud dibawa ke Pangkalan Udara Subang
- Pangkalan Udara TUDM Subang mula dihadiri VVIP
- [LANGSUNG] Perjalanan Terakhir Tun Abdul Taib Mahmud
- Jenazah Tun Abdul Taib diberikan penghormatan terakhir di Masjid Negara
- Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud dibawa ke Masjid Negara
- Jemaah Menteri rakam takziah kepada keluarga Tun Taib Mahmud
- Tun Abdul Taib nakhoda era moden Sarawak
- Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia