Tumpuan :
Dunia Seni

Tiada penambahan, 10 finalis berentap di pentas AJL39

10 finalis akan berentap di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) pada 16 Februari depan.

Oleh: Ain Shafiqah Zaki

PETALING JAYA: Bilangan lagu yang akan berentap di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) kekal dengan 10 buah lagu pada 16 Februari depan.

Perkara itu disahkan Ketua Unit Produksi, Penjenamaan dan Hiburan TV3, Russell Mark Rodrigues menerusi sidang media Mega Live AJL 39 di Petaling Jaya, malam tadi.

Katanya, gimik dua gambar ‘silhouette’ yang tular itu bertujuan bagi memperkenalkan pihak penaja yang bakal menyerikan pentas AJL39 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Membawa tema ‘Nada Rasa’, hos yang bakal digandingkan pada malam kemuncak itu adalah penyanyi, Sissy Iman dan pengacara Naz Rahman.

Manakala hos karpet merah bakal menyaksikan gandingan pempengaruh, Malia Baby dan pelakon Fikry Ibrahim.

Sepuluh lagu yang mara ke pentas AJL39 adalah Sengaja nyanyian Amir Masdi ciptaan dan lirik Bunga Cantik dan Hang Nadim; Puas Sudah (Aina Abdul/Aina Abdul) dan Saksama (Akim & The Majistret/Akim & The Majistret & Bunga Cantik).

Turut berentap, Risiko (Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique/Apipapol/Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique) dan Terus Bersinar (Hafiz Suip/Mas Dewangga, Jova Devito & Datuk Arisz Abdul Rahman/Mas Dewangga & Jova Devito).

Selain itu, Bukan Lagi Kita (Nadeera Zaini/Hael Husaini & Iqie Hugh/Hael Husaini & Iqie Hugh) dan Pujaanku (Kugiran Masdo & Aisyah Aziz/Ali Sariah/Ali Sariah & Hedimoru).

Tidak ketinggalan, Diam (Hael Husaini/Hael Husaini & Iqie Hugh/Hael Husaini & Iqie Hugh); Hening Rindu (Marsha Milan/Ikhwan Fatanna & Wan Salleh/Ikhwan Fatanna) dan Aura (Ernie Zakri/Ernie Zakri & John Jeeves/Ernie Zakri & John Jeeves).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini