Tumpuan :
Nasional

Tiada pembuktian saintifik kelapa sawit tidak bagus – KPK

Menteri Kementerian Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi menegaskan sehingga hari ini tiada pembuktian saintifk bahawa minyak kelapa sawit tidak bagus.

Menterinya Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan Dewan Rakyat, perkara itu hanyalah propaganda bisnes yang cuba dimainkan.

“Kita selalu pergi ke negara-negara yang kita eksport kelapa sawit.

“Kita merupakan pengeksport kedua terbesar dunia selepas Indonesia.

“Inilah perkara-perkara yang kita buat untuk memberi penerangan, tapi sehingga hari ini tiada scientific evidence yang mengatakan minyak kelapa sawit ni tak bagus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, beliau turut memaklumkan kementeriannya bersama agensi berkaitan mengambil langkah meningkatkan produktiviti ladang sedia ada dalam memastikan supaya ianya berdaya saing di pasaran.

Katanya, antara langkah diambil termasuk memastikan bekalan buruh mencukupi bagi melancarkan aktiviti penuaian buah sawit.

Penggunaan mesin juga dibuat sebagai usaha kecil dan besar untuk mengutip buah sawit selain mengoptimumkan pengurusan ladang.

Kini jelasnya, kementerian itu sedang membuat persediaan melaksanakan konsep penyatuan dan konsolidasi bagi ladang-ladang kecil untuk ditadbir secara estet.

Tambahnya, KPK juga sedang meningkatkan penyelidikan dan pembangunan untuk penyakit berjangkit mengenai pokok kelapa sawit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini