Tumpuan :
Nasional

Tiada pelajar Malaysia berdaftar di Lubnan setakat ini -Zambry

Oleh : Fareez Azman

BANGI: Tiada pelajar Malaysia berdaftar yang melanjutkan pelajaran di Lubnan setakat ini.

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, ia berdasarkan semakan dalam sistem pengurusan pelajar Malaysia di luar negara.

“Kita tidak mempunyai pelajar yang berdaftar, kita belum mendapat maklumat secara maksudnya (sekiranya ada pelajar) yang belajar itu yang tidak berdaftar.

“Tapi berdasarkan laporan daripada EMS kita yang pelajar-pelajar di Lubnan tidak ada, tidak ada melainkan kalau sekiranya mereka tidak daftar,” jelasnya ketika ditemui media di Jelajah Kampus MADANI di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini petang tadi.

Tambahnya, bagaiamanapun KPT akan sentiasa bekerjasamq dengan Kementerian Luar sentiasa memantau sekiranya terdapat pelajar Malaysia di Lubnan.

“Walau bagaimanapun saya ingin menyebut di sini bahawa langkah-langkah akan terus dibuat oleh oleh Kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra memastikan rakyat Malaysia, sama ada mereka belajar secara tidak rasmi melalui madrasah atau sistem persekolahan di sana.

“Ataupun rakyat Malaysia yang berada di sana saya percaya pihak Wisma Putra mengambil langkah-langkah untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di sana,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada KPT akan membawa pulang pelajar Malaysia di Lubnan susulan konflik Hezbullah dan Rejim Zionis Israel di negara itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini