comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tiada paksaan anjur Minggu Solidariti Palestin di institusi pendidikan KPM

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

DENGKIL: Tiada paksaan dalam penganjuran Minggu Solidariti Palestin di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

“Tadi kita bincang di (mesyuarat) Kabinet. Pertama kita galakkan (program), tak paksa semua sekolah,” katanya  selepas meluangkan masa menjamu selera di Kedai Makan Ramli Corner, di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Ilmi, Kampung Dato Ahmad Razali.

Media melaporkan badan bukan kerajaan (NGO), Global Human Rights Federation (GHRF) dan 17 NGO lain  tidak setuju dengan arahan KPM agar semua institusi pendidikan kerajaan mengadakan minggu solidariti bagi menyokong perjuangan Palestin.

Malah, mereka menyatakan pelaksanaan minggu solidariti itu mengheret pelajar kepada isu konflik antarabangsa di lokasi sekolah.

Menurut Anwar, Kabinet turut memutuskan supaya pihak sekolah mengawal peralatan atau aksesori yang dibawa sempena program terbabit supaya tidak menimbulkan masalah.

Sebelum ini, tular foto kanak-kanak memegang senjata mainan didakwa berkaitan Minggu Solidariti Palestin yang dianjurkan di sekolah.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, meskipun penyedia platform media sosial TikTok menafikan dakwaan bahawa ia menyekat kandungan pro-Palestin di negara ini, kerajaan akan terus memantau perkara itu.

 

Loading...
Terkini