PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sahkan tidak pernah hadapi masalah dengan pimpinan Kerajaan Perpaduan berkaitan dasar MADANI.
Beliau berkata bahawa gabungan parti politik kerajaan di bawah pimpinannya adalah sangat kondusif.
Beliau berkata demikian dalam Wawancara Khas Setahun Bersama Kerajaan Madani: Tiwikrama Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di TV3.
“Baik Pakatan Harapan atau UMNO, Barisan Nasional atau GPS Sarawak, GRS Sabah, itu sikap mereka sangat mendukung.
“Saya tidak pernah hadapi masalah dengan pimpinan Kerajaan Perpaduan dengan dasar MADANI,” ujarnya.
| ARTIKEL BERKAITAN
- PM enggan terlalu selesa, mahu tingkatkan prestasi Kerajaan Perpaduan
- [VIDEO] Rombakan perlu jika prestasi menteri meleset- PM
- Kerajaan tumpu stabilkan politik, pembangunan ekonomi, tingkatkan pelaburan dan mutu pendidikan – PM
- Kestabilan politik, dasar yang jelas beri keyakinan kepada pelabur luar -PM