comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiada mangsa terlibat dalam runtuhan lereng di kaki Gunung Kinabalu

FOTO: Ihsan JBPM Ranau

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

PETALING JAYA: Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian runtuhan lereng di kaki Gunung Kinabalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Ridwan turut memaklumkan pemantauan pihak keselamatan mendapati Sungai Mesilau dan Liwagu terjejas akibat lumpur.

“Tiada mangsa yang terlibat. Hasil daripada pemantauan pihak bomba di kawasan sungai yang terlibat iaitu Mesilau dan Liwagu, terdapat kesan air lumpur akibat daripada runtuhan tanah di kaki gunung,” katanya.

Jelas Ridwan lagi, pemantauan bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan lain-lain agensi masih dijalankan di lokasi runtuhan sebagai langkah keselamatan.

FOTO: Ihsan JBPM Ranau

Kejadian runtuhan ini juga tidak membabitkan kerosakan harta benda.

Terdahulu, media melaporkan runtuhan lereng gunung itu dipercayai berlaku jam 1.20 pagi semalam dan hanya disedari orang ramai pagi tadi.

Kejadian itu menyebabkan air Sungai Mesilau yang mengalir ke Sungai Liwagu di Ranau bertukar menjadi berlumpur.

Ia dikatakan hampir sama seperti kejadian banjir lumpur selepas gempa bumi berskala 5.9 skala Richter berpusat di Gunung Kinabalu pada Jun 2015.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini