comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tiada lagi pencemaran bau, loji air tercemar sudah beroperasi sepenuhnya

KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air Rantau Panjang (LRA Panjang) yang dikesan mengalami masalah pencemaran bau semalam, sudah beroperasi sepenuhnya hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataannya berkata,
bekalan air terawat yang bersih dan selamat sudah mula diagihkan secara berperingkat kepada premis pengguna bermula 6.30 pagi tadi.

Loji Rawatan Air Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) dan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) juga sudah beroperasi sepenuhnya.

Katanya, tempoh pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

“Pihak kami terus giat menggerakkan lori tangki air ke kawasan terjejas bagi memberikan bantuan bekalan air kepada pengguna.

“Keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual berkenaan.

“Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium terutamanya media massa,” katanya.

Selain itu, orang ramai boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami di Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 serta boleh dapatkan senarai kawasan yang terjejas di https://hentitugas.airselangor.com/atau menerusi aplikasi Air Selangor.

Loading...
Terkini