Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tiada lagi kursus, ujian teori untuk tambah kelas lesen memandu, mulai 15 September

 

PETALING JAYA: Individu  memiliki lesen memandu motosikal atau motokar yang ingin menambah kelas lesen memandu akan dikecualikan daripada menghadiri kursus dan ujian teori mulai 15 September depan.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook dalam satu kenyataan berkata,  individu terbabit hanya perlu memperbaharui semula lesen belajar memandu dan seterusnya mendaftar di mana-mana institut latihan memandu.

Foto hiasan

“Sebagai contoh, seseorang yang sudah lulus ujian lesen memandu motosikal tidak perlu menduduki kursus untuk kali kedua untuk mengambil lesen memandu motokar.

“Bagaimanapun, calon masih wajib menjalani latihan dan ujian praktikal di litar serta di jalan raya secara berasingan,” katanya.

Menurutnya, had umur untuk memohon lesen memandu motosikal masih kekal pada 16 tahun manakala 17 tahun untuk lesen memandu motokar.

Individu yang mahu memohon lesen memandu juga perlu bebas daripada sebarang tindakan senarai hitam Jabatan Pengangkutan Jalan dan polis.

“Inisiatif ini memberi manfaat kepada rakyat bagi mendapatkan lesen memandu motosikal dan motokar tanpa menjejaskan tahap kekompetenan.

“Pelaksanaan ini berdasarkan maklum balas awam dan bertujuan untuk menjimatkan masa dan kos bagi mendapatkan lesen memandu yang sah,” katanya.

Loading...
Terkini