Tumpuan :
Nasional

Tiada kematian akibat COVID-19 di Malaysia sejak April 2024

Foto hiasan

Oleh: Pang Chinn Fei

PUTRAJAYA: Tiada kematian akibat COVID-19 dilapor di negara ini sejak April tahun lalu.

Perkara itu dimaklum Kementerian Kesihatan (KKM) sekali gus menunjukkan situasi COVID-19 di negara ini adalah terkawal tanpa peningkatan kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Tiada kes varian baharu dikesan dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di negara ini adalah varian Omicron serta subvariannya.

Kes positif juga menurun 50.4 peratus kepada 100,666 kes tahun lalu berbanding 202,962 pada 2023.

Jumlah kematian akibat COVID-19 turut menurun dengan hanya 57 kematian tahun lalu berbanding 441 pada tahun sebelumnya.

Pengisian katil bukan kritikal juga menurun daripada 0.68 peratus kepada 0.21 peratus, manakala pengisian katil ICU menurun daripada 1.21 peratus kepada 0.39 peratus.

Dalam kenyataan sama, KKM turut memaklumkan jangkitan influenza A menurun 61 peratus tahun lalu berbanding 66 peratus pada 2023.

Manakala influenza B meningkat 39 peratus berbanding 34 peratus pada tahun sebelumnya.

Meskipun jangkitan influenza tidak wajib dilapor atau dinotifikasikan bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), KKM melakukan pemantauan kes influenza di seluruh negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini