comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiada isyarat ‘Mayday’, misi utama cari kotak hitam – MOT

Foto: NSTP

SUBANG JAYA: Semua protokol keselamatan di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) diaktifkan untuk mencari kotak hitam dan mengesan punca sebenar pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas dekat Elmina, Shah Alam, hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah MOT juga diaktifkan dan dikerah ke lokasi kejadian untuk tujuan itu.

“Hubungan pertama yang dibuat oleh pesawat dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang adalah pada jam 2.47 petang dan pelepasan pendaratan diberi pada jam 2.48 petang oleh pengawal trafik udara.

“Daripada siasatan awal, pesawat itu melencong dari ‘flight path’ ke kanan dari yang sepatutnya.

“Pada jam 2.51 petang, Menara Kawalan Trafik Udara Subang memerhatikan asap yang berpunca daripada lokasi nahas tetapi tiada panggilan ‘mayday’.

“Oleh demikian, semua protokol keselamatan udara diaktifkan dan mereka sudah ke tapak nahas untuk membuat siasatan dengan misi utama adalah mencari kotak hitam,” katanya pada sidang media khas, di Lapangan Terbang Subang, di sini hari ini.

Loke juga menyatakan keyakinan, kotak hitam berkenaan akan dijumpai dalam masa terdekat.

Loading...
Terkini