Tumpuan :
Nasional

Tiada Insiden Tidak Diingini Berlaku Ketika Gempa Bumi Lemah Di Kunak

 

KUNAK: Tiada sebarang insiden tidak diingini dan kemalangan dilaporkan di sekitar Kunak, Sabah sehingga kini, susulan gempa bumi lemah berlaku di daerah terbabit malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya juga tidak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

Berdasarkan rakaman visual terkini JBPM Sabah awal pagi tadi, pemantauan di sekitar daerah terbabit mendapati tiada sebarang insiden susulan berkaitan gempa bumi berkenaan.

Bagaimanapun pihaknya akan terus membuat tinjauan sebagai langkah berjaga-jaga.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) semalam memaklumkan satu gempa bumi lemah berukuran 3.2 pada skala richter berlaku di Kunak, pada jam 11.10 malam, di jarak 13 kilometer barat daya dari Kunak dengan kedalaman 10 kilometer.

Loading...
Terkini