Tumpuan :
Nasional

Tiada doktor kontrak mogok di Terengganu

 

KUALA TERENGGANU: Perkhidmatan kesihatan awam di semua enam hospital dan klinik kesihatan di Terengganu lancar seperti biasa di sebalik laporan tindakan mogok oleh doktor kontrak  selama tiga hari bermula hari ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong mengesahkan tiada doktor kontrak yang mogok di negeri itu .

Kebanyakannya hadir bertugas seperti biasa.

 

“Setakat ini di negeri Terengganu tiada doktor kontrak melakukan mogok di mana mana hospital atau klinik kesihatan dan perkhidmatan kesihatan berjalan dengan lancar setakat ini”.

“Kita yakin dan percaya bahawa doktor kontrak yang bertugas di Terengganu sangat profesional dan kami dipihak KKM juga berharap isu ini dapat diselesaikan dengan cepat supaya mereka mendapat tempat dalam perkhidmatan kerana doktor kontrak yang ada di Terengganu ini adalah doktor-doktor yang terbaik”.

Sementara itu, tinjauan mendapati keadaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu juga terkawal.

Beberapa kakitangan keselamatan turut membuat pemantauan bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini.

 

Loading...
Terkini