Tumpuan :
Nasional

Tiada cuti peristiwa esok – MB Terengganu

Foto: Dr.Ahmad Samsuri Mokhtar / Facebook

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan bahawa tiada cuti peristiwa diumumkan oleh kerajaan negeri esok (Ahad).

Penafian itu selepas berlegar-legar poster lama yang diedit tentang cuti peristiwa pada esok.

“Poster yang diedit dan dimuatnaik melalui pelbagai laman sosial termasuk Facebook (FB) adalah palsu,” katanya melalui FBnya hari ini.

Poster mengenai cuti peristiwa di negeri ini dimuatnaik pihak tidak bertanggungjawab selepas Terengganu FC (TFC) berjaya melangkah ke pertandingan akhir Piala Malaysia menentang Johor FC semalam.

Bagaimanapun, TFC muncul naib juara selepas tewas 3-1 kepada Johor FC.

Loading...
Terkini