Tumpuan :
Nasional

The 1975 patut dihadapkan ke mahkamah negara ini

FOTO: Reuters

KUALA LUMPUR: Kumpulan rock The 1975 yang berkelakuan tidak senonoh dan biadab ketika persembahan di pentas Festival Good Vibes 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, kelmarin boleh dihadapkan ke mahkamah negara ini.

Menurut penganalisis undang-undang yang juga Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, kumpulan itu  termaktub bawah undang-undang Malaysia kerana melakukan kesalahan di negara ini.

“Mereka datang ke Malaysia serta melanggar syarat-syarat dan undang-undang , mereka ini termatub dengan peraturan dan undang-undang negara ini, ada peribahasa mengatakan ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

“Tindakan yang diambil Kementerian Komunikasi Digital (KKD) untuk membatalkan konsert terbabit yang sepatutnya berlangsung tiga hari sehingga esok adalah tepat,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa di negara ini juga boleh bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) jika mereka enggan kembali ke negara ini untuk didakwa.

“Bagi pengunjung dan artis yang terpaksa menanggung kerugian pula, mereka boleh menuntut ganti rugi,” katanya.

Semalam, polis terima tiga laporan berhubung kelakuan tak senonoh vokalis kumpulan pop rock berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menyifatkan tindakan vokalis kumpulam itu, Matty Healy dalam konsert itu sebagai biadab.

Loading...
Terkini