KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar kawasan ibu kota akan ditutup bagi kelancaran lalu lintas sempena perayaan Thaipusam pada Selasa depan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, bagi upacara Perarakan Chariot, ia akan diadakan pada Ahad ini, bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee pada 9 malam.
“Perarakan itu dijangka akan berakhir jam 4 petang, Isnin depan di Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves, Selangor. Perarakan balik akan bermula jam 3 petang, Rabu depan melalui laluan yang sama,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya, bagi melancarkan pergerakan perarakan ini, beberapa jalan utama serta laluan berkaitan di sekitar pusat bandar akan ditutup dan dilencongkan.
“Laluan yang terbabit bagi perarakan berkenaan membabitkan Jalan Tun H.S. Lee – Jalan Sultan – Jalan Tun Tan Cheng Lock – Jalan Pudu – Jalan Tun Perak – Jalan Lebuh Ampang – Jalan Ampang – Jalan Munshi Abdullah – Jalan Dang Wangi – Jalan Raja Laut – Jalan Belia – Jalan Sri Amar – Jalan Raja Laut – Jalan Sultan Azlan Shah – Jalan Tun Razak (U- turn) – Jalan Tun Razak – Sultan Azlan Shah.
“Jalan Ipoh Lama (Batu 5) – Jalan Kampung Batu – Jalan Kepong Baru – Bulatan Ipoh – Jalan Ipoh (KL) (arah bertentangan) – Bulatan Batu Caves (arah bertentangan dari MRR2) – Susur MRR2 – Batu Caves (melalu laluan bertentangan dan lintasan khas),” katanya.
Beliau berkata, polis menasihatkan pengguna jalan raya, khususnya warga ibu kota supaya merancang perjalananan dan elakkan melalui laluan terbabit dengan penutupan dan lencongan.
Menurutnya, selain itu orang ramai juga dinasihatkan mematuhi arahan anggota polis bertugas bagi memastikan kelancaran lalu lintas.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.