Tumpuan :
Nasional

TH utamakan jemaah giliran 2020 tunai Haji

Oleh Zaid Shah Hemat

KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) akan mengutamakan bakal haji giliran 2020, diikuti oleh 2021 dan seterusnya 2022 dalam mengeluarkan surat tawaran haji pada rabu ini.

 

Seramai 31,600 jemaah bakal mendapat surat tawaran haji bagi musim 1444H/2023 berikutan keputusan kerajaan Arab Saudi yang memberi kuota penuh 31,600 kepada Malaysia bagi tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Sri Amrin Awaluddin berkata langkah tersebut diambil berdasarkan sistem pendaftaran haji yang menekankan prinsip yang dahulu di dahulukan.

Tambahnya rayuan haji boleh dilakukan melalui aplikasi THiJARI yang akan dibuka dan diumum oleh pihaknya kelak.

“Pemilihan rayuan haji akan berpandukan kriteria tertentu dengan keutamaan diberikan kepada rayuan mahram dan pembantu jemaah lanjut usia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Loading...
Terkini