Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] TH: Kos haji tahun ini meningkat 8 peratus

Oleh: Amirulhakim Lokman

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan kos haji bagi seorang bakal haji Muassasah untuk musim haji 1445H/2024M meningkat lapan peratus kepada RM33,300 berbanding RM30,850 pada tahun 1444H/2023M.

Dalam satu kenyataan TH memaklumkan, sehubungan itu kadar bayaran haji untuk seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji ditetapkan pada RM12,356 seorang.

“Bakal haji kumpulan B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji dan bantuan kerajaan berjumlah RM20,944 seorang atau bersamaan dengan 63 peratus daripada kos haji.

“Bayaran Haji bagi bakal haji Muassasah kumpulan M40 yang pertama kali menunaikan ibadat haji pula adalah RM19,152 seorang.” katanya.

Tambah TH, kadar itu telah mengambil kira keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap bakal haji kumpulan B40 di mana kerajaan akan menanggung sebanyak RM1,000 seorang.”

“Bakal haji kumpulan M40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM14,148 seorang atau 42 peratus dari kos keseluruhan kos haji,”

Jelas TH lagi, bagi kumpulan T20 akan dikenakan bayaran penuh kos menunaikan haji iaitu sebanyak RM33,300 seorang.

Loading...
Terkini