Tumpuan :
Nasional

TH keluarkan 31,600 surat tawaran haji mulai Rabu ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 31,600 surat tawaran menunaikan ibadah haji akan dikeluarkan Lembaga Tabung Haji (TH) mulai Rabu ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Sri Amrin Awaluddin, berkata ia akan diedarkan secara berperingkat kepada jemaah terpilih.

 

“Jemaah boleh semak bermula Rabu ini melalui aplikasi THiJARI atau untuk kes tertentu boleh terus mengunjungi mana-mana cawangan berdekatan.

“Jemaah perlu lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat berkenaan dalam tempoh tujuh hari bekerja,” katanya.

Loading...
Terkini