comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] TH diarah perkukuh sistem THiJARI, elak wang pendeposit ‘lesap’ ditipu

MELAKA: Lembaga Tabung Haji (TH) diarah memperkukuh sistem keselamatan perkhidmatan digitalnya, THiJARI dalam menangani kes wang pendeposit lesap akibat diperdaya sindiket penipuan atas talian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pada masa sama masyarakat khususnya pendeposit perlu berhati-hati dengan tidak membuka pautan meragukan yang diterima berkaitan TH.

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar juga meminta masyarakat khususnya pendeposit berhati-hati dengan tidak membuka pautan meragukan yang diterima berkaitan TH.

Menurutnya, TH juga sudah membuat laporan polis berkenaan kes membabitkan aplikasi THiJARI dan akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

“Dalam masa sama saya sudah arahkan CEO TH (Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH, Syed Hamadah Syed Othman) memperkukuhkan lagi sistem keselamatan THiJARI dalam memastikan simpanan pendeposit terjamin.

“Itu jaminan TH, namun kita tak mampu lakukan ini sendirian sekiranya masyarakat khususnya pendeposit TH tidak ambil pendekatan berhati-hati terhadap sindiket penipuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dua individu yang menjadi mangsa diperdaya sindiket ‘phone scam’ dan kerugian wang simpanan dalam akaun TH peribadi.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, dalam kes terbaru itu, TH juga mengambil pendekatan awal membekukan akaun berkenaan selepas berlaku transaksi mencurigakan sebelum menerima laporan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini