comscore
Tumpuan :
Nasional

Tesla diparkir tepi jalan terbakar 

KUALA LUMPUR: Sebuah kereta jenis Tesla yang diparkir di tepi Jalan Puchong Jaya, Puchong, Selangor, terbakar malam tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, kereta terbabit terbakar sebanyak 70 peratus, namun tidak melibatkan mangsa.

“Tindakan anggota dengan menggunakan satu aliran salur pam air tangki jentera api dan berjaya memadamkan kebakaran kereta itu sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes kebakaran itu diserahkan kepada pihak forensik untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.32 malam dan seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong digerakkan ke lokasi kejadian.

Loading...
Terkini