comscore
Tumpuan :
Nasional

Teruskan bersolidariti menyokong perjuangan Palestin


Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

SHAH ALAM : Teruskan bersolidariti demi kebebasan Palestin.

Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin, Fauzi Asmuni berkata tuntutan hak perlu terus disuarakan bagi memberi tekanan kepada dunia bahawa tindakan rejim zionis patut dihentikan segera.

Bagi menzahirkan keprihatinan terhadap kesengsaraan rakyat Palestin.. pelbagai pihak disaran mengambil inisiatif yang boleh membawa kepada kebaikan rakyat di sana.

“Seruan saya kepada seluruh rakyat malaysia, isu ini bagi orang islam merupakan satu tanggungjawab kepada seorang muslim dan bagi manusia yang bukan muslim pun ia merupakan satu tanggungjawab kemanusiaan yang perlu mereka lunaskan tiada siapa setuju dengan penjajahan.

“Palestin adalah negara yang dijajah di zaman moden yang berterusan untuk satu tempoh yang panjang sepatutnya orang islam dan bukan islam mesti bekerjsama untuk menamatkan penjajahan ini.” katanya ketika ditemui pada Kempen 11 Minit Untuk Mu Palestin di Shah Alam, Selangor, Sabtu lalu.

Tambahnya penduduk Gaza kini bukan sahaja merana dengan serangan bertalu tentera rejim zionis Israel malah bakal berdepan musim sejuk yang mampu mendatangkan pelbagai risiko termasuk isu kesihatan.

Situasi itu membimbangkan sekiranya bantuan kemanusiaan seperti pakaian dan makanan dihadkan.

Oleh itu rakyat di negara ini diseru terus menyokong pihak yang membantu rakyat Palestin melalui pelbagai bentuk bantuan.



Kempen bermula jam 9 malam mendapat sambutan apabila kediaman masing-masing bergelap selama 11 minit.

Ia bagi menghayati suasana ketakutan rakyat Palestin yang terpaksa bergelap kerana terputus bekalan elektrik diselangi pula bedilan bom Israel.

Bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Jambatan Angkat Kuala Terengganu turut mengambil bahagian dalam kempen ini.

“Alhamdulillah kalau kita lihat media sosial telah ramai yang perkatakan dan ada pelbagai respon dan pastinya rakyat malaysia bagi tindak balas maksudnya ada kesedaran untuk bersolidariti dan kita sangat bersambut baik dengan terima jemputan dari pelbagai pihak untuk masa-masa akan datang.” ujar Shahier Sa’min, Penyelaras Kempen 11 Minit Untuk Mu Palestin.

“Kempen ini solidariti kita dalam isu Palestin dan bersama mereka dan ini sudah tentu satu bentuk yang wajar dan perlu ambil tindakan oleh umat islam kerana isu ini bukan sekadar isu kemanusiaan tetapi isu pembebasan.” kata Siti Umi Kalsum Hussin, salah seorang peserta.

Loading...
Terkini