comscore
Tumpuan :
Nasional

Tertekan pedal minyak, kereta rempuh lot kedai

Oleh: Selwam Arjunan

LANGKAWI: Orang awam mengalami detik cemas apabila sebuah kereta merempuh lot kedai tepi jalan di kawasan tumpuan pelancong di Jalan Pantai Chenang, di sini, tengahari tadi.

Namun tiada kecederaan dilaporkan, manakala kedai terbabit mengalami kerosakan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari berkata kejadian berlaku di Lorong Sultan Abdul Halim kira-kira jam 12.30 tengahari.

“Sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 23 tahun dan telefon bimbitnya telah terjatuh di bahagian kaki.

“Pemandu tersebut cuba mengambil telefon bimbit yang terjatuh, namun telah tertekan pedal minyak lalu merempuh lot kedai di tepi jalan.

“Tiada pihak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini