comscore
Tumpuan :
Nasional

Tersilap tekan pedal minyak, kereta dipandu warga emas rempuh farmasi

Tangkap layar video tular

KLUANG: Gara-gara tersilap tekan pedal minyak, kereta dipandu seorang wanita warga emas merempuh sebuah farmasi di Jalan Lingkaran 2, Taman Sri Lambak dekat sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku jam 12 tengah hari ketika wanita berumur 68 tahun itu mahu meletak kereta di depan farmasi berkenaan.

Bagaimanapun katanya, semasa mahu meletakkan kenderaan, wanita terbabit telah tersalah tekan pedal minyak menyebabkan kereta jenis Inokom Atos hilang kawalan dan merempuh pintu cermin farmasi berkenaan.

“Akibat kejadian itu, besi kaki lima hadapan premis patah, cermin kaca pintu hadapan kedai pecah dan barang-barang farmasi turut rosak.

“Mangsa, Chen Mun Moy yang beralamat di Gelang Patah, Johor Bahru tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, siasatan lanjut dijalankan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini