comscore
Tumpuan :
Nasional

Terowong Bukit Tebuk simpan rahsia silam perlombongan Bukit Besi

Oleh Ezzuan Ahmad

DUNGUN: Bukit Tebuk terletak di Dungun, Terengganu, suatu masa dahulu pernah masyhur dan berperan penting ketika zaman perlombongan bijih besi.

Sejarah Bukit itu ia telah ditebuk dan dibina terowong pada tahun 1936 untuk laluan keretapi muatan biji besi sebelum dibawa ke tongkang kapal untuk dieksport selain menjadi pengangkutan utama penduduk ke pekan Dungun.

Setelah sekian lama terabai terowong itu telah dibaik pulih dan kini menjadi tarikan baharu pelancongan daerah Dungun.

Hakikatnya, Terowong Bukit Tebuk yang terletak di Kampung Nibong mempunyai ceritanya tersendiri dan kisah sejarahnya turut diabadikan pada monumen Tourism  di situ.

Setiausaha Kehormat  Persatuan Sejarah Malaysia kawasan Dungun, Wan Mohd Rosli Wan Ngah berkata, terowong sepanjang 143 meter itu kini telah diberi nafas baharu setelah ianya terbiar selama hampir 40 tahun selepas syarikat perlombongan bijih besi itu ditutup pada tahun 1970.

Menurut Wan Mohd Rosli, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya telah memperuntukkan sebanyak RM200 ribu dimana kerja – kerja menaik taraf melibatkan kerja penambahbaikan pada landskap dan pencahayaan di sekitar kawasan terowong tersebut.’

Sejak ianya dibuka pada awal bulan ini, penduduk setempat dan juga pengunjung dari luar negeri Terengganu telah menjadikan Terowong Bukit Tebuk sebagai satu daripada destinasi wajib percutian mereka.

“Apabila sebut Bukit Tebuk ini, ia berkaitan juga dengan tempias sejarahnya di Bukit Besi, sebab ini tempat, lahirnya aktiviti perlombongan yang membawa bijih besi dari Bukit Besi yang etrkenal pada abad ke-20, dan hari ini telah pun menjadi salah satu, bandar sejarah perlombongan di Negeri Terengganu.” katanya.

Wan Mohd Rosli berkata, selain dari Terowong Bukit Tebuk, terdapat banyak lagi tinggalan sejarah di sepanjang laluan keretapi dan sekitar Bandar Bukit Besi yang boleh diberi nafas baru dalam memperkenalkan semula sejarah perlombongan negeri tersebut kepada generasi muda.

Beliau yakin, dengan langkah tersebut ianya dapat menjadikan daerah itu sebagai satu destinasi pelancongan wajib bagi pelancong dari dalam dan luar negara sebagai satu ikon sejarah perlombongan di negeri Terengganu satu hari nanti.

Loading...
Terkini