KEMAMAN : Penduduk kampung pagi ini, menemui satu lagi mayat yang dihanyutkan dalam kejadian kepala air di Jeram Mawar, Sungai Air Putih di sini.
Artikel berkaitan : Tragedi kepala air: Hanya 6 mayat ditemui, bukan 9 – Polis
Tragedi kepala air: Mayat Karim Abdullah ditemui
Tragedi kepala air: ‘… yang pulang selepas ini hanyalah jenazah…”
Mayat mangsa dipercayai remaja perempuan itu ditemui kira-kira jam 7.45 pagi tadi.
Difahamkan lokasi penemuan mayat ketujuh itu adalah di belakang Masjid Dadong.
Mayat dibawa naik dari sungai jam 8.15 pagi dan terus dibawa ke Pusat Kawalan Operasi SAR Balai Polis Air Putih.