Tumpuan :
Nasional

TERKINI: Syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM tidak dibenar berlabuh di Malaysia – PM

 

PETALING JAYA: Kerajaan memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan
mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuatkuasa serta
merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam satu kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

”Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan
terhadap warga Palestin,” tegasnya.

Untuk rekod, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat ini berlabuh di Malaysia. Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia.

”Namun, kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu,” ujar beliau.

Pada masa sama, kerajaan katanya turut memutuskan untuk tidak
lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh
di negara ini.

Selain itu, tegas beliau, Malaysia turut mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

”Kedua-dua sekatan ini berkuatkuasa serta-merta.

Malaysia yakin keputusan berkenaan tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia,” tambahnya lagi.

 

Loading...
Terkini