Tumpuan :
Nasional

[TERKINI-VIDEO] Seorang maut, helikopter terhempas di Bentong

BENTONG: Satu kemalangan yang melibatkan sebuah helikopter telah dilaporkan berlaku di Bentong, Pahang. Nahas itu mengakibatkan satu kematian.

Menurut sumber, kebakaran berlaku ketika helikopter sedang cuba mendarat. Helikopter tersebut hilang kawalan dan terbakar.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat terkena libasan kipas di kepala.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar dijangka akan memberikan kenyataan lanjut berhubung insiden berkenaan.

Dalam pada itu,  jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.39 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dikejarkan ke lokasi.

Katanya, kebakaran membabitkan sebuah helikopter pengangkut yang musnah terbakar 100 peratus ketika berada di darat.

“Seorang mangsa iaitu jurutera warga Indonesia disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) disyaki terkena bilah kipas, manakala juruterbang selamat.

“Kebakaran berjaya dikawal dan padam sepenuhnya jam 11.06 pagi dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

@buletintv3 Satu kemalangan yang melibatkan sebuah helikopter telah dilaporkan berlaku di Bentong, Pahang. Nahas ini mengakibatkan satu kematian. #BuletinTV3 #HeliTerhempas #HelikopterTerhempas #Bentong #NahasHelikopter ♬ original sound – BuletinTV3

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini