Tumpuan :
Nasional

TERKINI: Seorang lagi mangsa tanah runtuh Miri ditemukan

KUCHING: Seorang lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri, ditemukan tertimbus pada 8.55 pagi ini.

Bagaimanapun, identiti mangsa belum dikenal pasti berikutan usaha untuk mengeluarkannya masih dijalankan ketika ini.

Berikutan penemuan itu, empat mangsa yang tertimbus berjaya ditemukan setakat ini, dengan dua daripadanya parah.

Runtuhan tebing Bukit Kanada itu berlaku susulan hujan lebat berterusan yang melanda sejak kelmarin.

Dua rumah terbabit dalam kejadian itu iaitu Lot 287 A yang didiami tujuh penghuni.
Rumah kedua iaitu Lot 287 B pula didiami lima penghuni.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini