Oleh: Fazli Ahmad
MUADZAM SHAH: Seorang lagi guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka yang terbabit dengan nahas bas persiaran merempuh treler dan terbalik di Jalan Kuantan – Segamat, di simpan Keratong – Bahau, dekat sini, meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Nor Azman Yusof berkata mangsa keempat meninggal dunia terbabit dikenali Dhalia Ahmad, 52.
“Mangsa mengembus nafas terakhir kira-kira jam 9:30 malam ini ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, malam ini.” katanya.
Hingga kini dua lagi mangsa parah akibat nahas itu dirawat di HTAA dan tujuh lagi di Hospital Muadzam Shah, Hospital Segamat serta pusat perubatan swasta.
Dalam kejadian kira-kira jam 12:30 tengah malam tadi, sebuah bas membawa 39 orang termasuk dua pemandu terbabas serta melanggar belakang treler sebelum terjunan dan terbalik di cerun di tepi jalan.
Tiga mangsa iaitu Penolong Kanan dan pembantu operasi SK Jeram, Masjid Tanah serta pemandu kedua bas persiaran terbabit terkorban sejurus kejadian.
Nahas berlaku ketika bas dinaiki 21 guru SK Jeram dalam perjalanan Melaka ke Terengganu untuk menyertai program lawatan penanda aras sekolah.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
|ARTIKEL BERKAITAN
- Dua terbunuh, 37 cedera dalam nahas bas persiaran dan treler
- Nahas bas-treler: Guru lelaki mangsa ketiga meninggal dunia
- [VIDEO] Nahas bas-treler: Mangsa sempat tanya keadaan anak sebelum hembus nafas terakhir
- Memandangkan arwah akan menamatkan perkhidmatan, ayah menyertai rombongan itu – Anak mangsa
- [VIDEO] Bas brek kuat, tiba-tiba saya rasa dicampak – Anak mangsa
- Nahas bas-treler: Genap dua bulan bapa pergi, adik menyusul – Abang mangsa
- [VIDEO] Nahas bas-treler: Dipercayai berlaku setelah pemandu bas dikatakan hilang kawalan – Polis