Klang : Baki sembilan jenazah mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam Khamis lalu, mula dibawa keluar secara berperingkat-peringkat dari Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) .
@buletintv3 Pilu…sembilan van jenazah bergilir-gilir membawa keluar jenazah mangsa-mangsa Nahas Elmina ke Masjid Ar-Rahimiah, Klang untuk disolatkan sebelum masing-masing melalui perjalanan terakhir menuju ke perkampungan abadi… BuletinTV3 PesawatTerhempas ShahAlam Elmina
Jenazah dibawa ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah untuk diuruskan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi tujuan solat jenazah.
Artikel berkaitan: Nahas Elmina : Tujuh waris layak terima pampasan PERKESO
Jenazah kemudian akan dibawa ke destinasi pengebumian masing-masing .
Van Jenazah terakhir membawa Pembantu Juruterbang Heikal Aras Abdul Azim bergerak meninggalkan Jabatan Forensik HTAR.#NahasPesawat@BuletinTV3 pic.twitter.com/icy5SUl2sO
— Hamdi Fahmi (@hamdiNewsMPB) August 20, 2023
Setiap kenderaan yang membawa sembilan jenazah akan diiringi lebih 20 kenderaan Polis Pengiring daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Artikel berkaitan: Nahas Elmina : Baki sembilan jenazah dituntut waris mulai 9 pagi ini
Sementara itu, jenazah ADUN Pelangai, Datuk Seri Johari Harun antara yang tiba di Masjid Jamek Ar-Rahimiah untuk dimandi dan disembahyangkan.
Jenazah Johari dibawa menaiki van jenazah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dari HTAR tiba jam 9.45 pagi.
Difahamkan, solat jenazah akan diimamkan oleh anaknya sendiri.
Allahyarham Johari akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Batu Caves.
Antara yang dilihat hadir ke masjid adalah Mufti, Datuk Dr Anhar Opir; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.
Semalam, jenazah pertama, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Huda, Kampung Jerong, Sungai Petani, Kedah.