SERI KEMBANGAN: Mangsa kedua yang dikhuatiri lemas berjaya ditemui kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian, Jalan KP 4/9 Kota Perdana, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan mengatakan mangsa yang dikenalpasti adalah wanita dewasa iaitu ibu kepada anak-beranak itu.
Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 12.17 tengah hari tadi dari anggota Balai Polis Putra Perdana berkaitan penemuan mayat wanita di Lombong D’Island berhampiran Taman Lacattage, Putra Perdana.
“Siasatan lanjut mendapati mayat wanita dewasa itu dijumpai lebih kurang 10 kilometer daripada tempat asal kejadian berlaku.
Mangsa kedua yang dikhuatiri lemas berjaya ditemui kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian, Jalan KP 4/9 Kota Perdana, di Sri Kembangan, hari ini. pic.twitter.com/jgocJKREtP
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) April 1, 2024
“Sekitar jam 1.30 petang tadi, pasukan penyelamat yang terdiri daripada bomba dan penyelamat telah menaikkan mayat berkenaan dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.
Operasi mencari seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak perempuan berusia empat tahun masih giat dijalankan
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.