Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] TERKINI: ‘Markas GISBH’ digempur

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

RAWANG: Lebih 20 premis perniagaan, rumah-rumah kedai dipercayai di bawah kendalian Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di Bandar Country Homes digempur Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini.

Operasi yang digerakkan seawal jam 6 pagi turut serta dalam operasi, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

@buletintv3 Lebih 20 premis perniagaan, rumah-rumah kedai dipercayai di bawah kendalian Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH)di Bandar Country Homes digempur Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini. #BuletinTV3 #polisgempur #globalikhwan #gisbh ♬ original sound – BuletinTV3

Antara kedai makan, bengkel kereta, kedai pakai terpakai, kedai percetakan, butik dan pusat aktiviti media.

Mengikut pemerhatian Buletin TV3, kebanyakan aktiviti perniagaan dijalankan tanpa lesen.

Tindakan sitaan dan kompaun oleh MPS dikenakan ke atas beberapa premis yang didapati tidak mematuhi syarat.

Selain itu, lebih 30 individu termasuk kanak-kanak dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk dokumentasi dan tindakan lanjut.

Kesemua mereka adalah antara individu yang ditemui di dalam premis perniagaan dan unit-unit kediaman di pusat perniagaan yang dimiliki GISBH.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3)

Terdahulu polis memeriksa lima premis rumah amal bawah kendalian syarikat sama di Bandar Tasik Puteri, namun kesemuanya didapati tidak berpenghuni.

Selain di Selangor, Op Global yang dijalankan di seluruh negara oleh Bukit Aman dan Polis Kontinjen Negeri di seluruh negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini