Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] TERKINI: Lebih 120 mangsa dipindahkan ke lapan PPS di Kota Tinggi

KOTA TINGGI: Bilangan pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini meningkat kepada lapan buah selepas lebih ramai mangsa diarahkan berpindah ekoran banjir yang melanda beberapa kawasan di sekitar daerah ini sejak petang tadi.

Menurut kenyataan pusat pengurusan bencana daerah, sebelum ini hanya empat PPS dibuka iaitu di Sekolah Rendah Arab Bersatu (SRAB), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota, Sekolah Kebangsaan Laksamana dan Dewan Kampung Baru Sungai Mas yang dibuka jam dibuka 8.00 Malam tadi.

“Tiga lagi PPS tambahan dibuka sebentar tadi bagi menampung pertambahan jumlah mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiga PPS terbabit ialah Dewan kampung makam, Dewan Kota Kecil dalam kawasan Johor Lama dan Sekolah Kebangsaan bandar Penawar 1 dan Sekolah Kebangsaan Teluk Remunia di Pengerang.

“Hingga kini lebih 120 penduduk dari 50 keluarga telah dipindahkan. Jumlah itu dijangka meningkat lewat malam ini ekoran tren air terus meningkat,” tambahnya.

Pasukan penyelamat sedang berusaha memindahkan mangsa yang terbabit ke PPS berdekatan bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

Orang ramai yang memerlukan bantuan boleh hubungi mana-mana balai polis terdekat atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di talian 07-883 7222.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini