comscore
Tumpuan :
Nasional

TERKINI: Bedah siasat Nur Farah Kartini selesai

Ahli keluarga mangsa kelihatan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh

Oleh: Aslina Abu Bakar

SUNGAI BULOH: Proses bedah siasat mayat wanita dibunuh iaitu Nur Farah Kartini Abdullah, 25, selesai sepenuhnya petang tadi.

Pihak Polis dalam satu kenyataan petang tadi memaklumkan bedah siasat ke atas mangsa selesai kira-kira jam 5:30 petang selepas dimulakan sekitar jam 3 petang.

Ahli keluarga mangsa juga dilihat meninggalkan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, di sini pada jam 6.30 petang tadi.

Difahamkan tuntutan jenazah juga belum lagi boleh dibuat ahli keluarga setakat ini.

Sebelum itu turut dimaklumkan mangsa dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari sebelum ditemukan di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di Hulu Selangor semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia berdasarkan keadaan mayat mangsa yang sudah mereput.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini