KUALA LUMPUR: Empat mangsa disahkan maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri, awal pagi tadi.
Perkara itu disahkan Penolong Pengusa Bomba Miri, Muhammad Khuzir Azman ketika dihubungi BuletinTV3.
“Mangsa yang meninggal dunia adalah masing-masing remaja lelaki dan remaja perempuan berusia 15 serta 12 tahun,” katanya.
Berikutan penemuan itu, enam mangsa yang tertimbus berjaya ditemukan setakat ini, dengan dua daripadanya parah.
Sementara itu usaha mencari mangsa terakhir seorang warga emas wanita berusia 71 tahun giat dijalankan.
Dalam kejadian 2.30 pagi tadi, tujuh sekeluarga dikhuatiri tertimbus selepas kediaman mereka dihempap tanah runtuh.
Runtuhan tebing Bukit Kanada itu berlaku susulan hujan lebat berterusan yang melanda sejak kelmarin.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.