comscore
Tumpuan :
Nasional

Terkapai-kapai sebelum tenggelam

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari (tengah) memantau operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pemuda, Mohammad Khairie Shaari, 20, yang dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi. -Foto ihsan PDRM

LANGKAWI: Seorang pekerja kedai emas dikhuatiri lemas ketika beriadah di Pantai Tanjung Rhu.

Mangsa, Mohammad Khairie Shaari, 20, dari Jitra, Kedah dilihat terkapai-kapai sebelum tenggelam dan hilang oleh seorang pengunjung kira-kira jam 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata operasi mencari dan menyelamat yang terpaksa dihentikan malam tadi akan disambung pagi ini.

Terdahulu, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian itu pada jam 6.16 petang.

“Orang awam ternampak mangsa terkapai-kapai di tengah laut berhampiran hujung Pantai Tanjung Rhu, sebelum tenggelam dan hilang.

“Pemeriksaan awal ke atas sebuah kereta tidak berkunci berhampiran tempat kejadian menemui barang peribadi, kunci kereta dan Mykad dipercayai milik mangsa,” katanya di sini, hari ini.

Kereta Proton Satria warna kuning ditemui berhampiran tempat kejadian dipercayai dinaiki mangsa, Mohammad Khairie Shaari, 20, sebelum hilang dan dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi. – Foto: NSTP

Shariman berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan 40 pegawai dan anggota dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Keluarga mangsa mengesahkan pemuda itu baru mula bekerja di Langkawi dan menggunakan kereta milik kakaknya, sebelum kejadian,” katanya.

Loading...
Terkini