comscore
Tumpuan :
Nasional

Terima rasuah RM6,000, seorang anggota penguat kuasa ditahan SPRM

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya menahan seorang anggota penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM6,000 daripada seorang pemilik kedai makan di sebuah bandar di Selangor.

Suapan itu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas pekerja kedai tersebut yang tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Sumber memberitahu, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai ditahan kira-kira jam 2 petang tadi di pejabat SPRM Putrajaya ketika diminta hadir memberi keterangan.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai telah meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM800 setiap bulan yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

“Suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sejak Disember 2023 hingga Jun 2024,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini