comscore
Tumpuan :
Nasional

Terima rasuah RM45,000, penjawat awam ditahan SPRM

Foto: NSTP

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak kira-kira RM45,000 sebagai balasan melantik sebuah syarikat sebagai pembekal untuk program di bawah sebuah jabatan kerajaan di negeri ini.

Sumber memberitahu, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an dipercayai ditahan kira-kira jam 9.45 pagi tadi di pejabat SPRM Kelantan ketika diminta hadir memberi keterangan.

Beliau berkata, suspek yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan dipercayai menerima wang rasuah kira-kira RM45,000 daripada individu tersebut.

“Suspek juga dipercayai meniru tandatangan seorang pegawai wanita bagi meluluskan surat perlantikan sebagai pembekal bertujuan memperdayakan pemilik syarikat tersebut untuk membayar wang rasuah yang diminta.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini